MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » » SUSU KAMBING SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU

SUSU KAMBING SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU

Written By Unknown on Friday 14 February 2014 | 11:00

Sebenarnya dah lama nk cerita pasal ni.

Saya officially dah tak bekalkan susu ibu untuk Saufeerizqy masa dia dekat taska. Malam jer sikenit saya tu akan directfeed. Still die cari susu mama dia ni. Syukur... Seingat saya lah saya start testing bg susu selain susu ibu sebulan sebelum Saufee 2 tahun. Macam-macam Susu Formula saya beli (yg pek kecik) / amik trial yg dkt klinik-klinik untuk cuba bagi dkt Saufee. Semua Saufee reject. Sekarang duk fikir nk buat apa dgn balance susu-susu tu semua. Sapa nak? heheheheee.... Production susu saya dah merudum ms Saufee dkt nk 2 tahun. Sebab tuh la duk cari-cari nk ganti dgn susu apa. Saya dah try semua cara untuk up kan balik penghasilan susu ibu tp xberjaya. Mungkin sudah tiba masa nya..

Namun, supplemen Shaklee tetap jadi idaman saya ok! Selama ni makan supplemen pun bukan untuk banyakkan susu jer. Untuk tenaga pun ye, untuk kecergasan otak pun ye, untuk macam-macam lah... hehhee. set milkbooster pun still consume sebab ia bukan milkbooster jer, ia juga energybooster (ESP).. summore good for detox (Alfalfa), good for bones (Ostematrix).

Nak tau Saufee minum susu apa selain susu ibu? Ok, Saufee terima susu kambing. Fresh tau. Konsep susu kambing ni masih sama mcm susu ibu. Susu kambing ni ada jugak dalam bentuk serbuk yang dah diproses tp saya xpenah cuba la bagi dekat Saufee. Syukur sangat die mahu minum susu kambing.


Ha gambar kat atas tuh la stok susu kambing fresh dari ladang. Susu ni beku tau.Simpan dalam deepfreezer. Nanti nak guna rendam botol tuh dlm air mangkuk air paip then transfer kan ke dalam botol untuk sikenit minum kt taska. Senang jer kan? Still sama konsep dgn susu ibu (EBM).


Tengok.. bukan Saufee je boleh minum susu kambing nih. Papa Saufee pon boleh minum. kalau susu ibu memang papa xboleh minum lah. Hahahahaa.... Ni FB tauke susu kambing LALAH RIVER GOAT FARM . Kt FB tauke ni boleh tgk skali video diorg perah susu kambing terbaek dr ladang. Video kambing beranak pon ade wooo.....


Kebaikan Susu Kambing
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. 
Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
*Tidak menyebabkan alahan.
*Membantu sistem imunisasi tubuh.
*Bersifat alkali.
*Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
*Membantu sistem penghadaman.
*Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
*Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
*Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
> Protein 2.1 kali ganda
> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda
> Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
*Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
*Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
*Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.


Khasiat Susu Kambing

Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).

Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
*Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
*Membolehkan penggumpalan darah
*Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
*Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
*Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
*Mengawal degupan jantung
*Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
*Menyingkirkan toksin dalam kolon
*Menurunkan tekanan darah
*Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
*Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekananTrace Mineral - *Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.

Info yg menarik ni krdt to Laman Rawatan Penyakit Secara Islam

Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

Jadi, bagi siapa yg dah xtau nk gantikan susu ibu dengan susu apa kn.. anak reject semua susu formula or anak alergic susu formula, gantikan lah dengan susu kambing fresh dr ladang. Kalau nk try yg dah diproses dalam bentuk serbuk pun boleh.

2 comments:

Popular Posts