MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » , , , » KESUBURAN : ISTERI PERLU BANTU SUAMI

KESUBURAN : ISTERI PERLU BANTU SUAMI

Written By Unknown on Tuesday 14 January 2014 | 13:43



▲Sukar hamil yg berpunca daripada SUAMI▼

Jangan salahkan suami anda, sebaliknya fahami MASALAH dan BANTU suami anda!!!!


Mitos

* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.

* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.

* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma – ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkanjumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!

* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.



Sperma Normal & Abnormal


MASALAH KETIDAKSUBURAN LELAKI.

1.Kegagalan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma)

Proses penghasilan sperma memerlukan kilang penghasilan sperma yang normal iaitu testis dan suhu yang rendah sedikit daripada suhu badan manusia yang normal. Oleh yang demikian, testis perlu berada di skrotum (kantung di belakang zakar) kerana suhu di skrotum adalah lebih rendah daripada suhu badan manusia. Jadi kegagalan di dalam proses penghasilan sperma boleh disebabkan oleh:

✔Testis yang berada pada tempat yang tidak normal (Undescended testes)
✔Penyakit varicocele (saluran darah dari testis yang tersumbat), mandian wap atau air panas, seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada nilon atau yang bukan diperbuat daripada kapas.
✔Sejarah jangkitan beguk (mumps) yang menyebabkan inflamasi dan jangkitan pada testis dan merosakkannya.
✔Terdedah kepada radiasi yang merosakkan benih-benih sperma di dalam testis.
✔Kuat merokok (menyebabkan kualiti sperma tidak memuaskan, pengeluarannya rendah dan kekurangan oksigen pada saluran yang menyambungkan testis).
✔Faktor genetik (klinefelter’s syndrome yang dicirikan oleh mempunyai tubuh badan yang tinggi, buah dada yang besar seperti wanita, dan pengecutan testis).
✔Ubat-ubatan tertentu seperti anti-epilepsi, ubat anti-hypertensi, beberapa jenis antibiotic dan kemoterapi.

2. Cecair semen yang tidak normal

Cecair semen yang mempunyai kandungan gula fruktosa dan prostaglandin yang rendah atau mempunyai kepekatan yang tinggi (high viscosity). 

3. Kegagalan proses pengangkutan sperma

✔Kedua-dua saluran vas deferens yang tersumbat yang disebabkan jangkitan gonorea atau tuberculosis.
✔Tersumbat kedua-dua saluran vas deferens akibat komplikasi daripada pembedahan inguinal hernia.
✔Saluran air kencing tersumbat.

4. Kegagalan memancutkan air mani ke dalam faraj seperti di dalam kes kegagalan zakar untuk menegang dan mengeras, pancutan air mani pra-matang, pancutan ke belakang dan bukaan lubang zakar bukan pada tempat yang normal (penile or scrotal hypospadias).

✿Atasi masalah ini dengan set Kesuburan Shaklee khusus untuk lelaki:
a) Zinc 120biji RM 33.75
b) Vita E 120biji RM149.00

Bertindak Segera!!!!




Dalam masa yang sama, pasangan harus tahu cara bagaimana meningkatkan tahap kesuburan Sperma.

Tips nya ialah:
1. Hubungan intim pada waktu yang tepat - especiall untuk yang ingin hamil. ketahui lah waktu subur si isteri dan tingkatkan kekerapan hubungan intim setiap 2 hari sekali dalam tempoh waktu subur.

2. Perhatikan diet seharian - Jangan berlebihan berat badan atau janganlah terlalu kurang berat badan.
Masalah berat badan dapat mempengaruhi hormonal yang mengatur kesuburan. Makanan kaya akan zink seperti daging merah dan sereal gandum dapat memperbaiki kualitas sperma.

3. Hindari Alkohol 

4. Jauhi rokok

5. Seks itu menyenangkan - Meskipun masa subur wanita hanya berkisar 6 hari dalam satu siklus menstruasi. Sangatlah penting untuk berhubungan intim pada waktu yang lain, kata Profesor Ledger. Masalah kesuburan dapat mengganggu hubungan suami-istri. Jadi sangatlah penting untuk memikirkan bahwa hubungan seksual adalah suatu kegiatan yang menyenangkan dan bukan hanya tindakan biologis untuk memiliki bayi.

6. Be Romantic 

7. Lupakan mitos-mitos lama

8. Duduk seharian dapat mengganggu kesuburan sperma. Panas dapat menyebabkan kerusakan pada sperma. Testis seharusnya berada pada suhu 1-2 derajat lebih dingin daripada suhu tubuh. Profesor Ledger merekomendasikan untuk beristirahat selama 5-10 menit setiap jamnya dengan cara berjalan untuk mendinginkan daerah penghasil sperma. Dan ingat, jangan pernah memangku laptop atau kompor yang sedang menyala!

Selamat berusaha!
Saya pun sedang berusaha jugak ni untuk 2nd pregnancy. Doa-doakan ya...

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts