MAMASAUFEE PENGEDAR SAH SHAKLEE SEJAK 2012 - KEKAL AKTIF

Home » » Khas untuk BFF sy yg nk bersalin

Khas untuk BFF sy yg nk bersalin

Written By Unknown on Thursday 16 May 2013 | 17:33



Mesti berdebar dan rasa xsabar nk tgk baby lahir ke dunia kn..
Boleh tenangkan diri mcm perempuan dalam video kt atas ni tp kite sebagai umat Islam adalah lebih baik  titipkan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan yg sama. Insyaallah lebih tenang.

Sedikit info ye wahai sahabat :

Masuk bulan terakhir, kuncupan rahim mula dirasai, ini dianggap sebagai warming up , ikut bahasa medical kuncupan ini digelar 'Braxton Hicks contraction' . si ibu hanya rasa rahimnya mengeras tetapi tidak sakit.

Sering berlaku apa yang dipanggil 'false labour', ia itu kuncupan rahim yang disertai kesakitan, dan berlaku setengah jam sekali tetapi bila diperiksa pintu rahim masih tutup lagi. Bagi kehamilan sulong jangan tergesa2 masuk hospital walaupun  tanda/show (lendir bercampur darah)  sudah keluar, tunggu sakit yang datang setiap 10 minit sekali. atau jika air toban sudah pecah.


Labour dikira bermula jika sakit dari kuncupan rahim telah dirasai setiap 5-10 minit sekali dan bila diperiksa , pintu rahim sudah terbuka 2-3 cm. Awal labour, iaitu peringkat pertama digalakkan seibu berjalan2 dan sering duduk , jangan hanya terbaring sahaja.


Biasanya jangka tempoh sakit bersalin ialah antara 2 - 10 jam, ada yang mudah dan cepat bersalin dan ada yang berpanjangan sehingga 20 jam.

Info lain in my next entry ok. 


xoxo

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Popular Posts